Perkhemahan ini adalah satu aktiviti luar yang diadakan dikawasan yang sesuai seperti hutan, pantai, bukit, gunung atau mana-mana kawasan yang bersesuaian. Aktiviti seperti ini dapat mendedahkan pelajar dengan kehidupan di luar persekitaran mereka yang biasa. Aktiviti ini menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Matlamat
Perkhemahan ini bertujuan untuk meningkatkan abiliti dan daya usaha kendiri pelajar. Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kesedaran dan ketakwaan kepada Tuhan Maha Pencipta alam semesta.
Objektif
- Memupuk semangat keberanian dan kreativiti pelajar.
- Meningkatkan semangat berpersatuan, displin dan setia kawan.
- Meningkatkan tahap kesihatan pelajar dari segi fizikal dan mental.
- Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.
Sasaran
- Penyertaan : 20 orang setiap Unit Beruniform / Pakaian Seragam Sekolah (PBSM, Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam Kadet Polis, KRS dan Silat Gayong).
- Fasilitator : Guru-guru SMK Pitas II.
Tarikh : 16 - 18hb Julai 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Kawasan Padang Sekolah.
Diharapkan agar semua guru SMK Pitas II yang terlibat dapat memberikan sepenuh komitmen dan menyumbangkan idea kepada kelancaran program tahunan ini. Program ini diharap dapat memberi semangat dan sokongan moral kepada Pasukan Pakaian Beragam atau kelab/persatuan untuk mengadakan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang di kawasan perkhemahan yang lebih mencabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan