PROFIL SEKOLAH

Kata-Kata Aluan Pengetua.




Assalamualaikum W.B. dan salam perpaduan,













  




HAJI ABDUL HAMID BIN AMAD
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II
Pitas



VISI SEKOLAH
                                       
Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II, Gemilang tahun 2012

Menjelang Tahun 2012
Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II, Pitas
akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang terunggul di Negara ini iaitu  cemerlang  dalam bidang pengurusan, akademik dan kokurikulum,
celik teknologi maklumat (IT), mempunyai pemikiran kreatif, bermotivasi tinggi, berdaya saing serta mampu memperkembangkan potensi diri dalam pelbagai bidang, bersahsiah seimbang dan mapan, berkepimpinan yang unggul dan memiliki semangat patriotisme yang jitu selaras dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  

MISI

Untuk merealisasikan visi sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II, Pitas  menyediakan prasarana yang lengkap dan kondusif serta program dan aktiviti yang terancang dan sistematik untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, bersahsiah seimbang dan mapan, berkepimpinan yang unggul dan memiliki semangat patriotisme yang jitu selaras dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan. SMK. Pitas II, berusaha sedaya upaya untuk:-
  1. melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan, penampilan diri dan pengurusan.
  2. meningkatkan amalan nilai-nilai hidup yang murni berteraskan agama seperti berakhlak mulia, bersikap amanah, jujur, berdisiplin, adil dan bertanggungjawab.
  3. mewujudkan sekolah berwatak dan unik untuk mencapai misi ' Gemilang 2012'.
  4. mempertingkatkan bilangan pelajar yang celik teknologi maklumat (IT), mempunyai pemikiran kreatif, bermotivasi tinggi, berdaya saing serta mampu memperkembangkan ptensi diri dalam pelbagai bidang.
  5. melahirkan pelajar cemerlang, berjati diri, berwawasan, berlimu dan berdisiplin ke arah menjadi pemimpin berkualiti yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap sekolah, agama, bangsa dan negara, bersemangat patriotisme, mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  6. meningkatkan kualiti prasarana pendidikan yang kondusif dan berfungsi untuk merangsang pembelajaran pelajar serta mewujudkan budaya sekolah yang positif supaya semua program pendidikan berwawasan dapat dilaksanakan bersesuaian dengan wawasan negara.

MOTTO

BERILMU BERWAWASAN BERDIKARI