Program Kecemerlangan Pelajar (KPK), Pitas program ini adalah tajaan Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah anjuran bersama Great Impact Resources (Training & Development) dan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd.
Konsep Program
- Program dilaksanakan berkonsepkan Experiential Learning - gabungan ceramah dan amali.
- Program ini secara umumnya bermatlamatkan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran menghadapi peperiksaan sama ada PMR ataupun SPM.
Objektif
- Memberikan kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang kaedah-kaedah menjawab kertas peperiksaan bagi subjek-subjek teras yang betul.
- Memantapkan keyakinan pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
- Membantu pelajar untuk mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang lazim dilakukan sebelum, semasa dan pasca peperiksaan.
- Mempersiapkan pelajar-pelajar dari segi fizikal, minda dan emosi dalam menghadapi peperiksaan.
- Meningkatdkan motivasi pelajar-pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.
Rasional
Program ini bakal menyediakan panduan persendirian menduduki peperiksaan sebagai strategi tahap akhir agar perkara-perkara kecil yang boleh menjejaskan keputusan dan prestasi akademik sebenar dapat dielakkan. Di samping itu, ianya akan mendedahkan cara-cara atau standard yang diperlukan dalam menjawab peperiksaan untuk mencapai keputusan yang sepatutnya.
Perlu diambil perhatian bahawa peperiksaan memungkinkan ulangkaji yang berbulan lamanya bertukar sia-sia dalam sekelip mata hanya kerana pelajar tidak mahir menghadapi ragam dan situasi sebenar peperiksaan. Pelajar yang pintar, tapi lemah dari segi kemahiran menghadapi peperiksaan, mungkin akan cenderung mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan. Maka, program ini diharap dapat bertindak sebagai penggera agar pelajar tidak terlupa untuk melatih diri agar bersedia dari pelbagai segi untuk menduduki peperiksaan.
Motto
Kejayaan Akan Ku Genggam.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan 1 - 60 pelajar dari SMK Pitas II dan 60 pelajar SMK Kanibongan yang akan menduduki PMR.
Kumpulan 1 - 60 pelajar dari SMK Pitas II dan 60 pelajar SMK Kanibongan yang akan menduduki SPM.
Tarikh
- PKP PMR : 04 - 06 Jun 2010
- PKP SPM : 18 - 20 Jun 2010
Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II, Pitas.
Kandungan
A. Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang.
B. Ceramah teknik menjawab kertas peperiksaan subjek teras.
C. Simulasi peperiksaan.
D. Aktiviti kerohanian.
E. Aktiviti Riadah.
Kesimpulan
Great Impact hadir dalam masyarakat dengan iltizam menyokong usaha pembangunan insan yang bertakwa, seimbang dan berkualiti tinggi melalui penganjuran program-program seumpama ini. Diharap cadangan ini dapat dipertimbangkan untuk diluluskan kerana gandingan erat dan keikhlasan semua pihak dalaam menganjurkan program ini bakal memberi kesan positif berjangka panjang kepada pelajar, sekolah, negeri sabah dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan