Minggu Anti-Dadah ini merupakan salah satu program Kelab Pencegah Jenayah SMK Pitas II, dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pitas II berhasrat untuk mengikuti pertandingan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang dianjurkan oleh Unit Pencegahan Dadah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan tersebut akan mengambil kira aktiviti yang dijalankan dimana salah satu aktiviti yang dicadangkan ialah minggu Anti-Dadah. Selain sebagai memenuhi syarat yang digariskan oleh pihak penganjur, program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran para pelajar keatas kesan-kesan pengambilan dadah dan dapat menghindarkan diri daripada najis dadah.
Objektif
- Meningkatkan kesedaran para pelajar akan kesan-kesan dadah dalam kehidupan.
- Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah.
- Sebagai memenuhi syarat pertandingan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Sasaran
Semua pelajar SMK Pitas II.
Tarikh, Masa, Tempat
Tarikh : 3 - 8 Mei 2010
Hari : Isnin - Sabtu
Masa : Sepanjang Minggu
Tempat : Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Antara Aktiviti YangDijalankan
- Pertandingan menulis esei.
- Pertandingan teka silang kata.
- Pertandingan melukis poster anti-dadah.
- Pertandingan Mendeklamasi sajak.
- Pertandingan menghasilkan buku skrap.
Diharapkan aktiviti Minggu Anti-Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan