Kem pemantapan kepimpinan pengawas, ketua darjah dan pembimbing rakan sebaya ini bermula pada 5 - 7 Mac 2010 bertempat di SMK Pitas II, Pitas. Kem ini merupakan aktiviti di bawah unit Hal Ehwal Murid SMK Pitas II, Pitas. Berdasarkan pemerhatian dan keperluan sekolah masa kini, kursus ini dijangka akan memberi manfaat dan mempunyai keberkesanannya kepada pelajar yang terlibat, terutamanya kepada pengawas, ketua darjah, pengerusi persatuan dan pembimbing rakan sebaya ke arah merealisasikan matlamat kerajaan atau sekolah ke arah "Kosong Masalah" menjelang 2012.
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan para pelajar, pengawas, ketua darjah, pengerusi persatuan dan pembimbing rakan sebaya yang berdisplin dan cemerlang dari segi akademik, sahsiah, mental dan rohani yang kuat, teguh dan tahan menghadapi cabaran dan dugaan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya akan menjadi warganegara yang baik pada masa akan datang.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk:
- Melahirkan pengawas, ketua darjah dan pembimbing rakan sebaya yang berdisplin.
- Membentuk sahsiah diri cemerlang pengawas, ketua darjah dan pembimbing rakan sebaya.
- Melahirkan pelajar contoh dalam semua aspek kehidupan.
- Memantapkan tahap displin para pelajar SMK Pitas II, Pitas.
- Melahirkan warganegara yang berintegriti.
Kumpulan Sasaran ialah:
- Pengawas
- Ketua Kelas
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Urusetia Pelajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan